fbpx
Trak pikap membawa enam rakyat Malaysia memasuki Pejabat Imigresen Sungai Golok secara ‘senyap-senyap’ hari ini.- Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

Hanya Eda Ezrin, Aida pulang ke Kelantan malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI GOLOK, THAILAND – Penyanyi Bea Soba Bea, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail dan rakannya, Nur Aida Mamat, 33, dijangka dibebaskan dan pulang ke Kelantan pada malam ini.

Jurucakap Pejabat Imigresen Sungai Golok berkata, empat lagi rakyat Malaysia, suami kepada Eda Ezrin, Mohd. Affendi Ahmad, 35, suami Nur Aida iaitu Mohamad Alif Deraman, Eridieka Mohd. Noor, 33 dan Zuhaira Nasrin, 26, masih ditempatkan di pejabat tersebut.

Menurutnya, empat rakyat Malaysia itu masih belum melengkapkan beberapa dokumentasi di pejabat imigresen sebelum dibenarkan pulang ke Kelantan.

“Penyanyi, Eda Ezrin dan Aida dibenarkan pulang ke Kelantan malam ini. Empat lagi rakyat Malaysia pula perlu melengkapkan beberapa dokumentasi lagi.

“Jadi, hanya dua rakyat Malaysia boleh pulang hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, trak yang membawa keenam-enam rakyat Malaysia itu tiba di pekarangan Pejabat Imigresen Sungai Golok kira-kira pukul 5 petang waktu tempatan.

Bagaimanapun, mereka dibawa secara ‘senyap-senyap’ melalui pintu belakang oleh pihak penjara ke pejabat imigresen tanpa dapat dihidu oleh keluarga dan pihak media

Seluruh ahli keluarga enam rakyat Malaysia itu terpinga-pinga apabila dimaklumkan trak tersebut sudah berada di pekarangan pejabat tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI