fbpx
Gambar hiasan

Dewan Rakyat: 2,184 kes kemalangan Jalan Persekutuan tiada lampu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,184 kes kemalangan di Jalan Persekutuan tiada lampu direkodkan Kementerian Kerja Raya (KKR) dari tahun 2023 hingga Julai lalu.

Sehubungan itu, sebanyak 256 lokasi di Jalan Persekutuan dipasang lampu jalan baharu melibatkan kos RM25 juta sepanjang tahun ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pemasangan lampu jalan itu dibuat secara setempat, berskala kecil serta memenuhi keperluan pencahayaan.

Jelasnya, ia melibatkan kawasan kerap kemalangan atau berisiko kemalangan seperti di persimpangan, selekoh dan jambatan serta yang mempunyai rekod kemalangan.

“Pemasangan lampu jalan terutama di kawasan kemalangan atau berisiko kemalangan sentiasa dilaksanakan di samping mengenal pasti lokasi baharu memerlukan lampu jalan.

“Program pemasangan lampu jalan akan diteruskan agar keselamatan jalan raya sentiasa dipertingkat,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berhubung kes kemalangan yang direkodkan di kawasan lampu jalan.

Dalam pada itu, Alexander berkata, kerja tampalan jalan berlubang akan dilakukan dalam tempoh 24 jam selepss aduan diterima.

Kata beliau, rondaan juga dilakukan bagi memastikan kerosakan kecil pada permukaan jalan dapat diambil tindakan segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI