fbpx
Tiga individu ketika dirakam keterangan.

Kandungan beri gelandangan sisa makanan adalah jelik melampau – MCMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalankan siasatan serta merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh berhubung penyebaran video memaparkan mereka memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan.

Menurut kenyataan MCMC, kandungan tersebut disifatkan jelik melampau dan telah mencetuskan kemarahan serta kecaman meluas dalam kalangan warganet, selain menyentuh sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan,” kata MCMC.

Sesi rakaman keterangan dan siasatan lanjut telah dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, Johor, hari ini.

Sebanyak tiga unit telefon bimbit dan tiga keping kad SIM telah disita bagi membantu siasatan.

Dalam masa sama, MCMC memaklumkan akan terus memperkukuh pelaksanaan inisiatif literasi digital menerusi Kempen Internet Selamat (KIS) bagi membentuk masyarakat celik digital, beretika dan bertanggungjawab.

“Inisiatif ini turut menyemai budaya penciptaan kandungan yang berhemah, beretika dan beradab, selain meningkatkan kesedaran terhadap nilai-nilai murni dalam ekosistem digital negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI