fbpx
‘Kubur’ yang lengkap batu nisan di tepi sebatang jalan. - Kompas

Kubur tiba-tiba muncul tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Kota Jambi, wilayah Jambi digemparkan dengan kemunculan sebuah kubur lengkap dengan batu nisan di tepi sebatang jalan, lapor laman berita Kompas kelmarin. 

Rakaman video di platform TikTok oleh akaun @kabarkabarku menunjukkan sebuah kubur ditanda dengan dua batu nisan dan ditabur bunga berwarna merah jambu. 

Selepas rakaman video mengenainya tular, seorang penduduk dikenali sebagai Tarsan menjelaskan bahawa kubur tersebut hanyalah palsu.

“Replika kubur itu dibina untuk memberi peringatan kepada pihak tidak bertanggungjawab yang berulang kali membuang sampah secara sembarangan. 

“Kami sudah memberikan teguran beberapa kali tetapi masih tidak diendahkan. Kelmarin, kami mengupah tiga lori yang mengangkut semua sampah,” kata Tarsan. 

Tambah Tarsan, masalah pembuangan sampah di kawasan itu semakin tidak terkawal susulan pembangunan perumahan yang semakin meningkat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI