fbpx

Ameera tak sabar tunggu kekasih bertinju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMEERA Khan dan Jefri Nichol, satu lagi pasangan bercinta yang kerap menjadi bualan ramai dalam media sosial.

Terbaharu, Jefri khabarnya bakal terlibat dengan satu perlawanan tinju dengan anak Ahmad Dhani iaitu El Rumi pada 9 Ogos depan.

Peminat mereka di Indonesia sudah mula teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan satu pertembungan sengit.

Pastinya Ameera sebagai kekasih akan berada di lokasi acara tersebut memberi sokongan kepada Jefri.

Sempat juga Diva baca komen Ameera dalam satu hantaran Instagram Jefri yang meluahkan keterujaan tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

“Bismillah sayangku! Tidak sabar untuk menyaksikan semua ini di depan mata,” katanya.

Rasa-rasanya bukan Ameera sahaja tidak sabar, malah ramai mula teruja untuk melihat tumbukan padu Jefri pada perlawanan itu nanti.

Harap ada rezeki untuk Jefri menang ya, kekasih hati pasti akan hadir dan pasti semangat menjadi lebih luar biasa.

DIVA: Sedih juga melihat beberapa konsert penyanyi tempatan kurang dapat sambutan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI