fbpx
Seorang wanita maut selepas kenderaannya terlibat dalam kemalangan di Jalan Taman Bertam Perdana, pagi tadi.

Wanita maut, adik cedera kemalangan babit dua kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Taman Bertam Perdana, Kepala Batas di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 8.37 pagi itu, mangsa, Khirul Mazwan Mustafa, 41, meninggal dunia di lokasi, manakala adiknya, Khirul Asmaa, 37, mengalami kecederaan patah kaki kiri.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, nahas membabitkan kereta Proton Wira dan Peugeot yang dipandu lelaki berusia 28 tahun.

“Setibanya di lokasi, didapati kedua-dua mangsa tersepit di bahagian hadapan kereta Proton Wira.

“Pihak bomba mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas, manakala seorang lagi pemandu hanya cedera ringan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya yang memberitahu operasi tamat pada pukul 11.16 pagi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI