PETALING JAYA – Satu video menunjukkan sekumpulan wanita bergaduh dipercayai ahli persatuan keluarga pengaut kuasa ketika kejohanan bola jaring tersebar di media sosial.
Video itu menunjukkan sekumpulan wanita bertengkar sesama sendiri tanpa diketahui punca sebenarnya.
Dalam video sama, beberapa individu dilihat cuba meleraikan pertengkaran tersebut, namun keadaan tetap tegang.
Rata-rata netizen menyifatkan kejadian itu sebagai memalukan, lebih-lebih lagi ia berlaku dalam acara terbuka melibatkan ramai pihak.
“Inilah yang jadi bila perasaan malu sudah hilang,” komen Zie Fuzi Noor.
“Aduhai semua ini mesti emak-emak kan, tak malu ke kalau suami dan anak korang tengok. Nak gaduh itu tengoklah kiri kanan dulu” ujar Azami Mahmood.
“Gaduh apa ni? Berebut tanah ke? Tak hormat majlis dan tiada rasa malu langsung,” balas Sham Bayu Rockerz. -KOSMO! ONLINE