fbpx
FRIMPONG

EPL: Liverpool tak ambil mudah pramusim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YOKOHAMA – Bek kanan Liverpool, Jeremie Frimpong menganggap tahap kecergasan lebih penting berbanding keputusan perlawanan ketika juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sedang mengharungi aksi pramusim.

Skuad kendalian Arne Slot itu berdepan keputusan mengejutkan apabila tewas 2-4 kepada jaguh Serie A, AC Milan pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Kai Tak Sports Park, Sabtu lalu.

Frimpong menegaskan, mereka tidak memandang remeh aksi pramusim, namun menganggap objektif utama jelajah tersebut adalah untuk kembali mengembalikan tahap kecergasan sebelum saingan sebenar bermula.

“Memang benar tidak ada pasukan yang suka dengan kekalahan walaupun ia hanyalah aksi pramusim. Bagi saya, pramusim adalah untuk memastikan semua pemain kembali cergas seperti sedia kala.

“Saya pula merupakan pemain baharu dan perlu menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan. Bagaimanapun, saya sedia untuk bermain di mana sahaja posisi yang jurulatih perlukan,” katanya.

Kemampuan Liverpool sekali lagi akan diuji menjelang satu lagi aksi pramusim menentang pasukan Liga Jepun, Yokohama F. Marinos yang akan berlangsung di Stadium Nissan petang esok.

The Reds dianggap sebagai pilihan untuk memenangi dan mempertahankan gelaran EPL yang dimenangi musim lalu selepas berbelanja besar membawa masuk ramai pemain baharu termasuk bintang Jerman, Florian Wirtz, Frimpong, Milos Kerkez dan Hugo Ekitike. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI