fbpx
Antara haiwan liar yang dirampas dalam bagasi seorang wanita tempatan menerusi pemeriksaan rutin di KLIA semalam.

Lagi warga tempatan ditahan cuba seludup hidupan liar di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Cubaan seorang wanita tempatan cuba menyeludup keluar spesies hidupan liar gagal apabila ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini bersama beberapa ekor haiwan eksotik yang disembunyikan di dalam bagasi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 malam semalam, pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang menjalankan pemeriksaan bagasi rutin di kawasan Hammerhead H2 berjaya menemui sembilan ekor haiwan liar dalam bagasi diperiksa.

Unit Komunikasi Korporat AKPS berkata, pemeriksaan itu dilakukan terhadap bagasi milik penumpang penerbangan Malaysia Airlines MH0198 yang dijadualkan berlepas ke Hyderabad.

“Suspek seorang wanita warga Malaysia berusia 36 tahun berasal dari Negeri Sembilan itu telah ditahan serta-merta.

“Antara haiwan yang dirampas ialah empat ekor disyaki Siamang, selain seekor disyaki beruk dan empat ekor disyaki Sugar Glider,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

AKPS berkata, kesemua haiwan terbabit merupakan spesies dilindungi dan dipercayai diseludup untuk tujuan perdagangan haram antarabangsa.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM127,000. Suspek dibawa ke Balai Polis KLIA untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI