fbpx
Anggota bomba memadam kebakaran di bekas tapak pelupusan sampah Kampung Plaie, Kota Samarahan.

Kebakaran musnahkan 80.15 hektar ladang nanas di Marudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUCHING – Kebakaran membabitkan sebuah ladang nanas di Marudi adalah antara empat kebakaran terbuka yang masih berterusan, memburukkan lagi situasi jerebu di Sarawak.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata ketika ini, kebakaran ladang nanas berkeluasan 838.12 hektar itu terus merebak sehingga mencecah 80.15 hektar.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi kini memasuki hari keempat melakukan operasi pemadaman sejak 26 Julai lalu.

Selain itu, katanya kebakaran turut memusnah kawasan hutan seluas 2 hektar di hutan berhampiran UiTM Mukah.

Katanya operasi pemadaman juga sedang giat dijalankan oleh pasukan dari BBP Mukah sejak 25 Julai lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI