PETALING JAYA – Gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang menangis selepas bapanya enggan melihat hasil lukisan yang dilukisnya sendiri mencuit hati netizen.
Perkongsian oleh Ainii Yunus menunjukkan kanak-kanak tersebut menangis kerana kecewa bapanya tidak memberikan perhatian kepada lukisan keluarga yang dihasilkannya.
“Anak perempuan macam ini lah ye, rumit betul. Babanya pun, lain kali tengok itu puji lah sikit,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Menerusi ruangan komen, orang ramai berseloroh mengenai reaksi seorang bapa yang kadangkala tidak menunjukkan penghargaan secara terang-terangan.
“Lelaki memang macam ini dik, tengok je tahu, puji tak reti,” kata Jujue.
“Dik, macam itulah lelaki sebenarnya. Kita sahaja yang nak perhatian dia. Kalau dia bagi lebih kita rimas pula, tak dapat pun kita bising,” komen Wanie Redzuan.
Sementara itu, orang ramai turut memuji bakat melukis kanak-kanak tersebut yang dianggap luar biasa untuk usianya.
“Tapi comel betul lukisan dia, pandai adik lukis. Kalau saya waktu umur adik ini, akak pandai lukis orang lidi sahaja,” ujar Eva.
“Cantik betul lukisan dia,” balas Aaron Maleeq. -KOSMO! ONLINE
@ainiiyunus Anak perempuan macam ni laa ek. Complicated. Baba lain kali tgk puji la sikit #fyp #baby #toddler ♬ original sound – Nayra Areesa