fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan 12 negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran ribut petir itu dikeluarkan susulan hujan lebat berserta angin kencang yang dijangka berlaku hingga 5 petang nanti.

Keadaan tersebut katanya dijangka melanda seluruh negeri Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka.

“Amaran ribut petir juga dikeluarkan bagi beberapa daerah di Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim).

“Sementara itu amaran sama juga dikeluarkan di Terengganu (Setiu dan Kuala Nerus), Pahang (Raub dan Rompin) dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat),” katanya di sini hari ini.

Turut dikeluarkan amaran sama ialah di Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mili meter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI