fbpx
Aktivis dan pempengaruh media sosial berhimpun di bawah jejambat berhampiran Pasar Seni, hari ini.

Himpunan Turun Anwar: Sepanduk naik, peserta terus bertambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ratusan peserta Himpunan Turun Anwar anjuran pembangkang mula memenuhi kawasan pekarangan Pasar Seni, Jalan Tun Tan Cheng Lock ketika ini.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan pempengaruh media sosial kini sedang menghimpunkan peserta lain di pekarangan kawasan tersebut serta mula menaikkan sepanduk bermesej menyeru semua rakyat agar hadir ke perhimpunan itu.

Bagaimanapun, keadaan di pekarangan Pasar Seni masih terkawal.

Turut kelihatan puluhan anggota polis
mengawal kawasan terbabit bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Kosmo! difahamkan, peserta mula berkumpul di kawasan tersebut seawal pukul 7 pagi meskipun mereka dijangka bergerak ke Dataran Merdeka kira-kira pukul 2 petang.

Selain Pasar Seni, peserta turut berhimpun di empat lagi lokasi lain iaitu Masjid Negara, Kompleks Sogo, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek Kampung Baru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN