KUALA LUMPUR – Suasana sekitar Masjid Negara masih tenang menjelang Himpunan Turun Anwar petang nanti.
Tinjauan Kosmo! mendapati beberapa peniaga sudah mula menjual baju-T berkaitan himpunan sejak pagi tadi.
Orang ramai dijangka memenuhi kawasan berkenaan menjelang waktu puncak untuk solat zuhur.
Selain Masjid Negara, peserta turut berhimpun di empat lagi lokasi lain iaitu, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek Kampung Baru.-KOSMO! ONLINE