fbpx
CHIESA menarik minat enam kelab Itali termasuk Atalanta yang mahukannya mengganti tempat Lookman. - AFP

Chiesa perlu cepat tinggalkan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pemain sayap Liverpool, Federico Chiesa didakwa sudah tiada masa depan bersama juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu apabila tidak disenaraikan menyertai skuad menghadapi jelajah pramusim Asia ketika ini.

Apa yang mengejutkan apabila Chiesa, 27, yang meledak satu gol ketika menewaskan Stoke City 5-0 dalam aksi persahabatan di Pusat Latihan AXA, namun namanya tiada dalam senarai 29 pemain ‘terbang’ ke Hong Kong.

Bagaimanapun, laporan awal mengatakan Chiesa diketepikan kerana mengalami masalah kecergasan yang dipercayai berlaku semasa perlawanan menentang Stoke sebelum ini.

Sejak pengumuman itu, Chiesa hangat dikaitkan dengan enam kelab Serie A yang berminat mendapatkannya seperti Atalanta, Napoli, AC Milan, AS Roma dan bekas kelabnya, Juventus.

Difahamkan, Atalanta benar-benar serius mahu mengikat Chiesa sebagai pengganti Ademola Lookman yang dijangka menyertai Inter Milan dalam masa terdekat.

Atalanta sanggup menawarkan £10.4 juta (RM59.22 juta) dengan kontrak tiga tahun walaupun Chiesa sebelum ini tidak keberatan untuk kekal di Liverpool, namun segala petunjuk ketika ini hampir pasti bakal menyaksikannya kembali ke Itali.

Ketua jurulatih Itali, Gennaro Gattuso pernah menjelaskan peluang Chiesa kembali beraksi di peringkat antarabangsa bergantung kepada kekerapannya diturunkan beraksi bersama kelab.

“Saya beritahu dia (Chiesa) perlu bermain secara konsisten. Mereka adalah pemain yang telah diketepikan tetapi boleh dibantu. Paling penting adalah prestasi di atas padang, jika bermain dengan baik, pintu skuad kebangsaan akan sentiasa terbuka,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI