fbpx
AAHAN PANDAY kini disamakan dengan bintang senior, Hrithik Roshan.

Aahan Panday ‘The next Hrithik Roshan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SESUATU yang luar biasa di Bollywood apabila bakat baharu dilambung pujian. Itulah yang terjadi kepada pendatang baharu, Aahan Panday selepas filem pertamanya, Saiyaara meletup di pawagam.

Kali terakhir filem yang dibintangi hero dan heroin baharu mencipta fenomena adalah Kaho Na Pyaar Hai yang ditayangkan pada 2000.

Kejayaan filem Saiyaara arahan Mohit Suri terbitan produksi Yash Raj itu sekali gus menjadikan Aahan ‘superstar’ baharu dalam sekelip mata.

Malah, peminat melabel Aahan sebagai ‘The next Hrithik Roshan’ kerana kejayaan itu hanya pernah diraih Hrithik sebelum ini apabila filem Kaho Na Pyaar Hai menjadi fenomena.

Aahan merupakan sepupu kepada aktres Ananya Panday dan merupakan anak buah kepada pelakon senior, Chunky Panday.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN