fbpx
PELAKON Firdaus Gufran mengakui ada tersalah cakap dan akibatnya dia diugut secara keras oleh seorang selebriti yang sama-sama cari makan dalam industri.

‘Pernah dibuli di set penggambaran, diugut nak diacu pistol’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelakon Firdaus Ghufran mendedahkan pernah dibuli oleh lapan individu termasuk seorang pelakon popular sewaktu menjalani penggambaran di Sarawak tahun lalu.

Menurut Firdaus atau nama lengkapnya Muhammad Firdaus Ghani Ghufran, 22, dia sudah lama mengenali pelakon tersebut kerana mereka berdua pernah sama-sama menjadi pelakon sejak kanak-kanak.

“Punca pergaduhan mungkin disebabkan saya tersalah cakap. Tetapi sebagai seorang yang sudah saling mengenali sejak kecil, saya tidak sangka dia akan bertindak menggunakan kekerasan.

“Dia siap cakap nak letak pistol atas kepala saya. Dia juga ugut nak bunuh mak dan adik saya. Ini sangat bahaya dan dikira sebagai jenayah. Dia ada pistol ke?

“Dia fikir diri dia siapa? Adakah kau seorang anggota polis? Kau ada lesen untuk memiliki senjata api?,” kata Gufran ketika ditemui pada sidang media Asia Championship 2025 baru-baru ini.

Memperkuatkan dakwaannya, pelakon drama Budak Tebing itu mengakui ada membuat laporan polis tentang situasi berkenaan namun setakat ini tiada tindakan susulan.

Terdahulu, kemelut lama Firdaus bersama seorang pelakon lelaki kembali hangat diperkatakan selepas kedua-duanya tersenarai bakal terlibat dalam pertandingan tinju Asia Championship 2025 yang akan berlangsung pada 18 Oktober depan.

Pelakon yang dimaksudkan Gufran juga ada mendedahkan tujuan penyertaan dalam pertandingan tinju tersebut demi menyelesaikan sengketa di dalam gelanggang selepas dicabar secara dalam talian oleh Firdaus.

Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk bersemuka secara anak jantan di dalam gelanggang, Firdaus yang juga abang kepada pelakon Muntazar Ghufran itu sedikit pun tidak pernah berasa gentar.

“Saya sangat bersedia. ‘I am well prepared and I always win’. Saya berjuang untuk hak saya,” tegasnya.

Terdahulu seorang pelakon yang juga suami kepada aktres popular mendedahkan tujua penyertaan ke pertandingan tinju Asia Championship 2025 bagi menebus maruahnya yang tercalar apabila isterinya pernah dihina di dalam sesi siaran langsung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI