fbpx
Gambar hiasan

Peniaga kuih ‘froezen’ cedera disamun pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seorang peniaga produk kuih sejuk beku cedera selepas cuba disamun seorang lelaki menyamar pelanggannya di Jalan Tembila berhampiran Kampung Raja di sini semalam.

Kejadian pada pukul 8.48 malam itu menyebabkan wanita berusia 31 tahun tersebut luka pada kedua-dua tangan akibat bergelut dengan suspek yang bersenjatakan sebilah pisau.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md. Sani Md. Saleh berkata, sewaktu kejadian, peniaga tersebut bertemu dengan lelaki berkenaan untuk menghantar kuih sejuk beku yang kononnya ditempah suspek.

“Lelaki itu tiba-tiba menghunus sebilah pisau dan mahu merampas kunci kereta mangsa.

“Wanita terbabit bertindak menghalang sehingga menyebabkan kedua-dua tangannya cedera terkena pisau sebelum suspek akhirnya melarikan diri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Md. Sani berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan pihak polis sedang giat memburu suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN