fbpx
CKLAMOVSKI

Syarat ‘anak jati’ wakili Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kehadiran bintang warisan gred A sama sekali tidak pernah menutup peluang buat pemain tempatan sejati untuk menyarung jersi kebangsaan mengharungi perlawanan atau pertandingan antarabangsa pada masa akan datang.

Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski menegaskan pendiriannya kekal sama iaitu tidak akan menggunakan pendekatan ‘anak emas’, sebaliknya semua pemain memiliki peluang sama rata.

Bagaimanapun, Cklamovski menetapkan syarat ketat perlu dipenuhi oleh anak-anak tempatan kerana kualiti kekal menjadi keutamaanya sebelum pemilihan pemain terbaik.

“Sama ada dari JDT (Johor Darul Ta’zim), Selangor, Sabah, Terengganu atau pun yang bermain di luar, tugas saya untuk memilih skuad terbaik. Itu sentiasa menjadi objektif dan saya akan teruskannya.

“Daripada perspektif pasukan kebangsaan, saya sentiasa katakan apa yang saya mahukan adalah pemain sentiasa mencuba untuk jadi lebih baik. Ini kerana mereka ada tuntutan tinggi setiap kali menyertai pasukan kebangsaan,” katanya.

Ketika ini, Cklamovski beranggapan keputusan positif mampu menghadirkan kelangsungan lebih baik kepada perkembangan Harimau Malaya pada masa akan datang.

“Jika kami mampu bermain dengan baik dan membuatkan orang rasa bangga, cita-cita saya untuk pasukan kebangsaan untuk menjadikan kanak-kanak di Malaysia sentiasa ada kemahuan menyarung jersi Harimau Malaya.

“Sama ada pemain yang beraksi di luar negara atau di Liga Super, saya mahu anak-anak Malaysia mendapat inspirasi daripada pemain yang kita ada sekarang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI