fbpx
Gambar hiasan

Dewan Rakyat: 2.8 juta rakyat Malaysia telah daftar MyDigital ID

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kira-kira 2.8 juta rakyat Malaysia telah mendaftar MyDigital ID sehingga suku kedua tahun 2025 berbanding 1.8 juta pendaftaran yang dicatatkan pada suku pertama tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu dijangka terus meningkat dengan pengembangan kes penggunaan.

Menurut beliau, semakin banyak kes penggunaan MyDigital ID diperkenalkan dalam sistem dan perkhidmatan kerajaan atau swasta, semakin tinggi keperluan pengguna untuk mendaftar MyDigital ID.

“Dalam konteks MyDigital ID, kes penggunaan bermaksud aplikasi atau perkhidmatan tertentu di mana MyDigital ID digunakan sebagai kaedah pengesahan identiti.

“Sebagai contoh log masuk ke portal MyGOV menggunakan MyDigital ID, mengakses aplikasi MyJPJ dengan pengesahan MyDigital ID dan verifikasi pemilik kad SIM prabayar menggunakan MyDigital ID,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) berhubung perkembangan pelaksanaan inisiatif MyDigital setakat ini.

Zaliha berkata, sebanyak 35 sistem aplikasi kerajaan telah berintegrasi dengan MyDigital ID, sebanyak 17 dalam pelaksanaan, manakala 21 lagi dalam perbincangan awal.

Kata beliau, sebanyak tujuh sistem aplikasi bukan kerajaan telah berjaya diintegrasi dan dua sedang dilaksanakan, menjadikan keseluruhan integrasi sebanyak 82 sistem.

“Keterangkuman MyDigital ID akan turut melibatkan aplikasi digital daripada sektor kewangan dan perbankan. Setakat ini, sebanyak enam bank telah selesai menjalani fasa pengujian sandbox di bawah pemantauan Bank Negara Malaysia.

“Daripada segi keselamatan, MyDigital ID menggunakan teknologi biometrik, e-KYC dan kriptografi serta tidak menyimpan data peribadi pengguna bagi mengurangkan risiko kebocoran,” katanya.

Dalam pada itu, Zaliha berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menggubal akta sedia ada bagi menggalakkan atau mewajibkan rakyat mendaftar MyDigital ID.

Jelas beliau, kekangan dalam memastikan rakyat Malaysia mendaftar MyDigital ID adalah kerana ia bersifat sukarela. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN