fbpx
PENGGUNA perlu lebih bijak untuk membandingkan harga barangan termasuk bahan mentah. – GAMBAR HIASAN

Tinjau dua, tiga kedai cari harga berbaloi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Majoriti pengguna kini lebih selesa menjalani cara hidup sederhana dan berjimat cermat sehingga ada yang sanggup membuat tinjauan harga barangan harian di dua atau tiga kedai termasuk di pasar ­borong.

Rata-rata pengguna mengakui mereka perlu mengubah gaya hidup baharu bagi memastikan perbelanjaan dapat diurus de­ngan baik untuk keperluan-ke­perluan lain.

Seorang suri rumah, Faridah Ismail, 55, berkata, mengurus perbelanjaan harian bukan hanya melibatkan bahan mentah dan barang dapur, tetapi juga membabitkan keperluan lain seperti sabun mandi, pencuci pakaian dan peralatan sekolah anak.

Katanya, bagi tujuan itu, dia kini lebih suka meninjau kedai-kedai yang terdapat di sekitar rumahnya di Bayan Baru yang ada menawarkan harga barangan harian paling murah.

“Setiap hari dia akan menghabiskan masa lebih dua jam semata-mata untuk mengunjungi premis atau pasar borong sehingga ke kawasan pusat bandar sebelum membuat pembelian.

“Saya juga akan pastikan harga barangan kering itu berbaloi untuk dibeli pada harga serendah RM4. Untuk barangan basah pula, saya akan beli ayam segar yang biasanya pada harga RM18 seekor dan minta dipotong 22 atau 24 ketul.

“Memang terpaksa berjimat termasuk mengurangkan kuantiti juadah dari tiga hidangan kepada satu atau dua jenis lauk sahaja setiap hari,” katanya.

Faridah berkata, sebelum ini dia akan membeli stok barangan basah dan kering untuk kegunaan seminggu dengan jumlah harganya mencecah RM150.

“Kali ini, memang kami terpaksa berjimat dan tidak boleh hidup senang lagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN