fbpx

Hentikan ‘politik sate’ untuk UMNO kembali kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi (dua dari kiri) bercakap kepada pemberita di Bukit Gantang hari ini.

BUKIT GANTANG – Budaya ‘politik sate’ yang mampu menyemai bibit-bibit perpecahan dan persengketaan dalam kalangan ahli perlu segera dihentikan demi memastikan UMNO kembali kukuh dan bersatu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, asas utama untuk UMNO kembali kuat dan mampu meraih kemenangan pada pilihan raya adalah kesatuan dalam parti.

Katanya, budaya mengapi-apikan dalam kalangan ahli dan pemimpin parti hingga mewujudkan kabilah hanya akan melemahkan UMNO.

“Politik sate adalah analogi yang tepat kerana ada tukang cucuk, tukang kipas, tukang bakar dan tukang balik ke sana dan ke sini. Kadang-kadang dia ke sana, kadang-kadang dia ke sini mengadu domba.

“Ini semua perlu dihentikan. Apa yang penting sekarang kita perlu kembali kepada landasan dan asas perjuangan sebenar parti,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang di Dewan Bunga Raya, Changkat Jering, di sini hari ini.

Menurut beliau, UMNO ditubuhkan atas asas perjuangan untuk menjaga serta memelihara kepentingan agama, bangsa dan tanah air, justeru sebarang perkara yang mengganggu atau mengalihkan fokus utama perjuangan perlu dihentikan serta-merta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI