fbpx

Nilai, 2 lokasi di Selangor catat IPU tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tiga kawasan di Negeri Sembilan dan Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat bawah 200 setakat pukul 10 pagi tadi.

Berdasarkan maklumat terkini di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), rekod IPU tertinggi dicatatkan di Nilai dengan bacaan 159.

Di Selangor, kawasan yang dilanda Jerebu ialah Johan Setia dengan bacaan 155 dan Banting yang merekodkan IPU 151 setakat ini.

Sementara itu, 45 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana dengan bacaan 51 hingga 100.

Antara kawasan tersebut ialah Cheras, Kuala Lumpur (94), Segamat, Johor (77), Kangar (63) dan Taiping, Perak (71).

Data sama turut menunjukkan hanya lima kawasan di seluruh negara merekodkan tahap IPU baik iaitu di Sabah dan Sarawak.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sibu (48), Samarahan (42) dan Sri Aman (37), manakala Sabah pula membabitkan Tawau (48) dan Kimanis (45). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI