fbpx

Berat 25 kilogram, wanita telan 200 pil kurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan keadaan pesakit selepas mengambil 200 pill diet dalam sehari selama 2 tahun. - NetEase News

BEIJING – Seorang wanita berumur 39 tahun di China mengalami pelbagai penyakit kronik akibat mengambil 200 pil diet dalam sehari demi menurunkan berat badan segera, lapor portal berita Must Share News semalam. 

Pesakit yang tidak berpuas hati dengan berat badannya terutama pada bahagian paha itu nekad mengambil pil diet berwarna merah jambu setiap hari. 

Dia pada awalnya hanya menelan satu biji pil, namun pengambilan hariannya meningkat kepada lebih 150 pil tanpa mengambil makanan. 

Rutin yang diamalkan selama 12 tahun itu menyebabkan berat badannya susut kepada 25 kilogram berbanding berat asal 40 kilogram. 

Keadaan kesihatannya semakin merosot apabila dia tidak dapat membuang air besar dan ketagih mengambil pil diet, membuatkan dia pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan. 

Doktor mengesahkan pesakit terbabit mengalami anoreksia, sembelit kronik dan kekurangan zat makanan yang teruk. 

“Dia takut untuk makan dan bergelut untuk membuang air besar, menyebabkan perutnya kembung. 

“Pilihan paling selamat adalah membetulkan semula keadaannya sedikit demi sedikit melalui pembedahan dan pemakanan yang betul,” tambah doktor yang merawat pesakit. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI