fbpx

Sebahagian jalan TAR ditutup setiap Ahad – DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan yang terlibat dikongsikan DBKL.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan penutupan semula sebahagian Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di ibu kota bermula 20 Julai ini.

DBKL dalam kenyataan memberitahu, penutupan itu akan dilaksanakan setiap hari Ahad dari pukul 6 pagi sehingga 12.00 tengah malam melibatkan laluan antara persimpangan Jalan Bunus 6 hingga persimpangan Jalan Melayu.

Katanya, langkah itu bertujuan memberi laluan kepada Program Santai Seni@TAR, dan selari dengan hasrat menjadikan Kuala Lumpur bandar raya rendah karbon.

“DBKL juga akan mengaktifkan laluan dua hala di Lorong TAR dari persimpangan Dang Wangi hingga persimpangan Lorong TAR 7 pada setiap Ahad dari pukul 9 pagi sehingga 12 tengah malam selepas selesai acara Kuala Lumpur Car Free Morning,” kata kenyataan itu.

DBKL menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal, memandu dengan berhati-hati, serta mematuhi arahan petugas di lokasi bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan bersama.

Sebelum ini, DBKL pernah melaksanakan langkah seumpama pada tahun 2022 bagi menjadikan ibu kota sebagai salah satu lokasi bebas kenderaan selain ingin mewujudkan kawasan pejalan kaki di tengah pusat bandar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI