fbpx

Pelajar langgar peraturan dihukum potong rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan potongan rambut yang tidak rata dilakukan ke atas pelajar berkenaan. - Facebook

BANGKOK – Sebuah sekolah menengah di Thailand menerima kecaman ramai selepas memotong rambut seorang pelajar perempuan dengan gaya buruk sebagai hukuman kerana melanggar peraturan, lapor portal berita Must Share News semalam. 

Kejadian berlaku di sebuah sekolah dalam daerah Ban Pong, wilayah Ratchaburi. 

Kontroversi itu tercetus selepas satu imej dikongsikan kepada kumpulan komuniti tempatan di laman Facebook baru-baru ini. 

Imej tersebut menampilkan seorang pelajar perempuan dengan potongan rambut yang tidak rata sehingga kelihatan seperti tidak terurus.

“Adakah ini tingkah laku yang boleh diterima daripada pihak sekolah? Walaupun ada peraturan, pelajar juga mempunyai perasaan. Ada cara lebih baik untuk menyelesaikan masalah, bukan dengan menahan pelajar dan memotong rambut mereka seperti ini,” tulis hantaran itu. 

Sebilangan pengguna media sosial menggesa ibu bapa pelajar terbabit untuk membuat aduan rasmi terhadap pihak sekolah. 

Sekolah itu kemudian tampil memohon maaf secara terbuka dan mengesahkan bahawa kakitangan yang terlibat telah diberi amaran. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI