fbpx

Seluar ketat, merokok, laptop atas paha punca lelaki tak subur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dalam kesibukan menuding jari kepada wanita apabila sukar mendapatkan zuriat, ramai terlupa bahawa 40 hingga 50 peratus masalah kesuburan pasangan berpunca daripada pihak lelaki terutamanya disebabkan kualiti sperma yang rendah

Pegawai perubatan, Dr. Ahmad Samhan Awang berkata, masalah tersebut bukan berpunca daripada kekurangan kekuatan fizikal, sebaliknya tabiat harian yang diamalkan golongan lelaki tanpa disedari sehingga merosakkan sperma sedikit demi sedikit.

“Jangan salahkan isteri je kalau tak subur. Kadang-kadang puncanya ada pada suami, tapi tak ramai sanggup tengok cermin dan nilai diri sendiri.

“Antara amalan harian lelaki yang menyumbang kepada penurunan kualiti sperma adalah pakai seluar terlalu ketat, letak laptop (komputer riba) di atas paha, menahan ejakulasi terlalu lama, merokok dan menggunakan vape, kurang bersenam dan stres berlebihan serta duduk terlalu lama tanpa regangan,” katanya.

Menerusi perkongsian di kumpulan Telegram, Dr. Ahmad Samhan menjelaskan bahawa sperma yang tidak dikeluarkan dalam tempoh terlalu lama boleh mengalami kerosakan DNA (DNA fragmentation).

“Sperma yang ‘tersimpan’ terlalu lama dalam tubuh lelaki lebih mudah terdedah kepada radikal bebas dan suhu panas, yang akhirnya menjejaskan kualiti dan keupayaannya untuk bersenyawa.

“Akibatnya sukar untuk isteri hamil, embrio tidak berkembang dengan baik dan risiko keguguran meningkat,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa jika pasangan serius mahu mendapatkan anak, aspek kesihatan reproduktif perlu dijaga oleh kedua-dua pihak bukan hanya wanita.

“Tak adil salahkan rahim isteri, kalau sperma suami pun tak dijaga,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI