JOHOR BAHRU – Sebuah van sekolah yang dinaiki sekurang-kurangnya 10 murid sekolah rendah terbalik selepas dipercayai melanggar lubang utiliti atau ‘manhole’ di Jalan Abdul Samad, Kampung Baru di sini awal pagi.
Dalam kejadian pada pukul kira-kira pukul 6.45 pagi itu, van sekolah terbalik selepas melanggar lubang manhole yang tidak bertutup.

Difahamkan beberapa murid mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan kecemasan. – KOSMO! ONLINE
Berita lanjut akan menyusul