fbpx
Sesi melancong ke Koh Lipe.

K2

Kembara pancing ke Koh Lipe, Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Kali ini, Koh Lipe di Thailand menjadi destinasi trip setelah beberapa kali tertangguh disebabkan pelbagai hal yang tidak dapat dielakkan.

Trip pancing merentasi sempadan menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4X4) ke Thailand dengan jarak lebih kurang 700 kilometer (km) dari Kuala Lumpur.

Kami tiba di jeti tekong bot Alongkorn dalam daerah Pak Bara pada pukul 2.30 petang. Selesai memuatkan barangan ke dalam bot, kami mula bergerak ke destinasi yang telah ditetapkan tekong untuk mengambil umpan hidup.

Sotong hidup

Pada pukul 4 petang, kami berhenti berhampiran sebuah pulau untuk me­ngambil umpan sotong hidup berjumlah hampir 300 ekor yang telah ditempah oleh ketua trip, Amin.

Tempahan umpan sotong hidup ini berdasarkan nasib. Jika ada rezeki, maka adalah umpan sotong hidup. Jika tiada, maka wang bayaran upah untuk menangkap umpan sotong hidup akan tetap hangus.

Jika tiada stok sotong hidup, maka terpaksalah pemancing menggunakan umpan sotong dan kembung pasar sahaja. Jenis umpan biasanya akan mempengaruhi hasil pancingan trip. Ini kerana, penggunaan umpan hidup yang segar sudah tentu lebih baik daripada umpan mati yang telah tersimpan lama bersama air batu.

Selesai sahaja pemindahan sotong hidup, kami bergerak semula menuju ke lubuk pancingan berhampiran Pulau Bulan (Koh Khao Yai) tetapi tiada sebarang tangkapan di perolehi di sini.

Taufan Pabuk

Tekong mengambil keputusan untuk berpindah ke tengah lagi. Namun dalam perjalanan, dia mendapat maklumat bahawa Taufan Pabuk yang sedang melanda China diberitakan telah sampai ke Kemboja serta Vietnam dan sedang menuju ke Thailand.

Double strike ikan tambak dan cupak oleh Zamri serta Zainudin.

Setelah perbincangan dibuat, kami mengambil keputusan memancing di sekitar pesisir pantai sahaja bagi mengelakkan risiko terjebak dalam bahaya taufan tersebut.

Kami masih sempat menghantar makluman melalui WhatsApp mengenai keadaan trip kepada keluarga di tanah air kerana kebetulan pula lingkungan talian masih diperolehi dengan jelas.

Pada pukul 7 malam, kami berpindah ke lubuk berhampiran Pulau Kata (Koh Kata). Pada pukul 8.30 malam, Jalil membuka tirai trip dengan seekor je­nahak saiz ‘remaja’ dan diikuti double strike jenahak ‘bantal emas’ oleh Amin serta Remmy.

‘Bantal emas’ adalah gelaran yang kami beri kepada ikan jenahak bersaiz kasar dan tebal seperti bantal dengan warna keemasan menyerlah.

Pada masa sama, pemancing lain turut menaikkan ikan tambak, cupak dan beberapa ekor lagi jenahak kategori ‘bantal emas’.

Melewati tengah malam, semakin banyak spesies ikan dapat dinaikkan seperti kerapu, jemuduk, kacang, aruan tasik dan pari.

Ikan kerapu yang menjadi habuan saya.

Pada pukul 4 pagi, hujan mulai turun dan kami bertempiaran lari memasuki kabin seperti ayam kesejukan dalam reban berhimpit-himpit. Janji tidak basah dan tidak demam atau selesema.

Melancong ke Koh Lipe

Menjelang pukul 6.30 pagi, tekong berpindah lubuk. Menurutnya, waktu siang kurang mendapat sambutan daripada ikan-ikan spesies baik, melainkan pergi ke lubuk-lubuk tertentu.

Namun untuk ke lubuk-lubuk tersebut, ia memakan masa lama kerana jauh. Selain itu, dia juga risaukan taufan yang bakal melanda.

Setelah mendapat kata sepakat, akhirnya kami singgah di Koh Lipe, bukan untuk memancing, sebaliknya sekadar bersantai dan membeli-belah apa yang patut di pulau pelancongan terkenal itu.

Sebelum bot kami parkir di kawasan yang dibenarkan, kami melihat kejernihan air di situ. Jelas kelihatan suasana di dasar dengan batu-batu karang serta hidupan yang menghuninya. Ia merupakan kawasan larangan tangkap dan ambil hidupan laut. Kami dijemput dengan bot kecil untuk ke pantai.

Puas meronda, kami sempat singgah menikmati roti canai dan teh tarik di restoran Muslim di sana. Menjelang petang, kami kembali ke bot semula dan bergerak untuk memancing kembali. Sekali lagi, kami dilanda hujan lebat sehingga ke pagi.

Keesokan paginya, kami terus pulang dan menamatkan tempoh pancingan sehari lebih awal daripada jadual asal kerana bimbang terjebak di dalam Taufan Pabuk. Yang tinggal hanyalah dendam kesumat serta nafsu yang membara di Pak Bara dan ia akan ditebus pada trip akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN