fbpx

Ada beberapa modul agak pelik – Bekas pekerja program motivasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar janaan AI.

PETALING JAYA – Seorang individu tampil mendedahkan pengalaman mengejutkan ketika bekerja di syarikat yang menganjurkan program motivasi rumah tangga dan cinta termasuk modul yang mengajar tentang kepuasan diri atau ‘self pleasure’.

Individu itu yang bekerja selama tujuh bulan pada 2021 mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat tersebut kerana mendakwa tidak selesa dengan kandungan dalam kelas dan suasana pengurusan dalaman.

Katanya, antara sebab dia berbuat demikian setelah mendapat tahu terdapat satu modul yang jelas menyentuh isu cara mencapai kepuasan diri sebagai bentuk penyelesaian bagi wanita yang tidak mendapat layanan daripada suami.

“Saya bekerja di bahagian pengurusan pelanggan, jadi saya tahu isi kandungan setiap modul. Ada belasan modul dalam kursus itu, tapi beberapa modul akhir agak pelik.

“Seolah-olah mesej yang diberi adalah wanita boleh hidup bahagia tanpa hubungan seksual bersama pasangan.

“Perkara yang diterapkan dalam pemikiran setiap pelanggan dalam program tersebut juga seperti mengajarkan para isteri hidup berdikari,” katanya dalam program audio siar yang dihoskan penyanyi dan aktivis kemanusian, Caprice.

Menurutnya, rata-rata peserta program itu terdiri daripada wanita yang berdepan masalah rumah tangga atau mahu memperbaiki hubungan seksual bersama suami.

“Anggaran peserta yang menyertai program tersebut berbeza lebih 100 orang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI