fbpx

Drebar lori maut, tiga cedera nahas di Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori dan kereta Perodua Ativa yang terbabit dalam kemalangan di KM266.9, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Seremban tengah hari tadi. Foto : IHSAN BOMBA

SEREMBAN – Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer (KM) 266.9, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini tengah hari tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Nizam Yom berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.51 tengah hari dan tiba di lokasi 11 minit kemudian.

“Nahas melibatkan sebuah lori satu tan dan kereta jenis Perodua Ativa. Mangsa yang maut ialah pemandu lori berusia lingkungan 40-an akibat tersepit. Lelkai itu disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Seorang lelaki dan dua wanita cedera ringan dan dihantar ke hospital dengan ambulans kementerian Kesihatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI