fbpx

[VIDEO] Selisih ajal dilanggar lori turun dari Bukit Cerakah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian kemalangan tersebut.

KLANG – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kenderaannya dirempuh sebuah lori yang hilang kawalan dipercayai akibat masalah brek di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Cerakah – Jalan Meru Tambahan di sini, kelmarin

Kejadian kira-kira pukul 5.20 petang mengakibatkan wanita mengalami cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kemalangan berlaku apabila lori dari Bukit Cerakah hilang kawalan selepas menuruni bukit.

Katanya, lori itu dipandu lelaki tempatan berusia 29 tahun.

“Lori itu kemudiannya telah melanggar kereta dipandu wanita tersebut yang sedang bergerak dalam keadaan lampu isyarat hijau sebelum terbabas di bahu kiri jalan.

“Pemandu kereta yang cedera ringan telah dihantar untuk rawatan di HTAR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pemandu lori yang tidak mengalami kecederaan telah membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Hafizi Abdullah ditalian 014-2772311 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI