fbpx

Meremang diganggu, lelaki telefon bomba minta tangkap hantu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memeriksa rumah seorang lelaki yang sering diganggu hantu baru-baru ini. - TikTok

JAKARTA –  Pasukan bomba dan penyelamat berdepan detik seram apabila menerima panggilan kecemasan tetapi diminta untuk menangkap hantu, lapor laman berita Detik semalam.

Kejadian pelik itu berlaku di Lampung Selatan, wilayah Lampung, Rabu lalu. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lampung Selatan, Rully Fikriansyah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 1.45 pagi (waktu tempatan) daripada seorang lelaki dikenali sebagai Kevin. 

“Kevin meminta kami menangkap hantu di rumahnya kerana rimas sering diganggu.

“Kevin memberitahu bahawa dia sering mendengar bunyi aneh seperti orang sedang menyapu dan mengetuk pintu. Gangguan itu terjadi pada waktu tengah malam,” kata Rully. 

Tambah Rully, tiada ‘penangkapan’ dilakukan sebaliknya, rumah itu berada dalam keadaan tenang apabila pasukan bomba tiba bersama beberapa anggota sekretariat desa.

“Selepas memastikan rumah itu aman, anggota-anggota  bomba kembali ke balai,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI