fbpx

Sultan Ibrahim tegur masalah sampah, longkang tersumbat di Jalan Gallagher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim ketika menyertai aktiviti berjalan kaki sambil meninjau tahap kebersihan persekitaran di sekitar Jalan Gallagher pagi tadi. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan mencemar duli menyertai aktiviti berjalan kaki sambil meninjau tahap kebersihan persekitaran di sekitar Jalan Gallagher, sejauh 3.2 kilometer.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, tinjauan mengejut pada awal pagi itu menyaksikan Seri Paduka Baginda sendiri menegur keadaan longkang yang tersumbat serta pembuangan sampah sarap di tepi jalan.

Seri Paduka bertitah agar pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera bagi memastikan kebersihan dan keselamatan persekitaran sentiasa terjaga.

“Pembuangan sampah sarap di tepi jalan bukan sahaja menjadi pembiakan Aedes, namun boleh menjejaskan kesihatan para penghuni di kawasan sekitarnya.

“Begitu juga saya melihat terdapat dahan-dahan pokok besar di atas jalan raya yang boleh mengundang bahaya kepada orang ramai khususnya penunggang motosikal di waktu malam,” titah Baginda.

Turut mengiringi Seri Paduka Baginda dalam aktiviti tersebut ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Azmi Rohani; Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini serta beberapa kakitangan Istana Negara-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI