fbpx

‘CEO Batu’ didakwa lagi simpan bahan lucah dalam telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Iqbal ketika dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini.

SELAYANG – Pempengaruh dikenali sebagai ‘CEO Batu’ didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyimpan bahan lucah dalam telefon bimbitnya Mei lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Muhamad Iqbal Muhamad Nor, 22, mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu di hadapan Majistret Chai Guan Hock.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menyimpan video dan gambar lucah dalam galeri telefon bimbit miliknya.

Kesalahan dilakukan di pejabat pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Gombak di sini pukul 11.39 pagi pada 22 Mei lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaanyang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Birr Zamier Abu Bakar mencadangkan jaminan RM6,000 ke atas tertuduh dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Nabil Ashraff Ridzuan merayu jaminan yang rendah berikutan anak guamnya hilang punca pendapatan sebagai pencipta kandungan sejak kesnya berjalan.

“Sebelum ini anak guam mempunyai pendapatan RM3,000. Bagaimanapun sejak kes ini, banyak kontrak ditamatkan. Bapa tertuduh bekerja di kilang.

“Tertuduh mempunyai masalah saraf akibat kemalangan, mohon mahkamah mempertimbangkan jaminan rendah dengan mengambil kira faktor-faktor ini,” katanya.

Majistret Guan Hock membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 September ini untuk sebutan semula kes.

Semalam Muhamad Iqbal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang atas tuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun Mei lalu.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan polis menahan seorang lelaki dikenali ‘CEO Batu’ berhubung dakwaan menghantar mesej dan gambar berunsur seksual kepada remaja berusia 14 tahun.

Pempengaruh berusia 22 tahun itu diberkas selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Sebelum itu, aktivis Caprice mendedahkan beberapa kiriman mesej berbaur lucah yang dihantar seorang pempengaruh kepada remaja perempuan di bawah umur.

Menerusi beberapa hantaran di Instagramnya, Caprice dihubungi oleh ibu mangsa yang meminta bantuan selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual.

Antara tangkap layar yang dikongsikan adalah kiriman mesej berserta gambar tidak senonoh dipercayai dengan niat untuk menunjukkan parut kesan pembedahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI