fbpx

[VIDEO] ‘Banyaknya kipas, kalau ‘complain’ panas tak tahu lah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sebuah kenderaan e-hailing memasang lima kipas mini untuk keselesaan penumpang.

PETALING JAYA – Sekumpulan penumpang e-hailing terkejut apabila menaiki sebuah kenderaan yang dipasang lima kipas mini di bahagian dalam kereta bagi memastikan mereka tidak merasa panas sepanjang perjalanan.

Menerusi satu hantaran video di TikTok milik @Fatninazman, kelihatan beberapa kipas dilekatkan di tempat duduk hadapan dan siling kereta, selain pendingin hawa turut dipasang seperti biasa.

“Ini kalau mengadu sejuk juga tak tahu lah. Kali pertama naik e-hailing, kipas sampai lima. Nampak sangat Malaysia panas,” tulis pemilik akaun di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap prihatin pemandu yang mementingkan keselesaan pelanggan.

“Usaha dia (pemandu e-hailing) bukan biasa-biasa ya, wajib bagi lima bintang. Ada sesetengah pemandu, nak buka ‘aircond’ (penghawa dingin) pun tak mahu,” komen Reinnn.

“Kereta aku pun ada tetapi letak depan lah, tak terfikir pula nak letak belah atas tu hahaha,” kata Wiee.

“Banyaknya kipas, kalau ‘complain’ panas tak tahu lah nak cakap apa,” seloroh Afiqah. – KOSMO! ONLINE

@fatninazman Ni kalau complain sejuk jugak tatau lah. First time naik grab kipass sampai 5. nampak sangat Malaysia panas 🤣🤣🤣🤣#grab #geabcar ♬ original sound – Fatnin Azman

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI