fbpx

[VIDEO] Hebatnya Proton X50 baharu, ‘kecek’ Kelantan pun faham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video individu menguji penggunaan voice command menggunakan Bahasa Melayu.

PETALING JAYA – Pelancaran model terbaharu Proton X50 serba baharu beberapa hari lepas bukan sekadar menampilkan reka bentuk serta ciri-ciri baharu berbanding model sebelum ini, tetapi lebih daripada itu.

Ia turut menampilkan fungsi ‘voice command’ atau arahan suara yang telah dipertingkat dengan membolehkan ia memahami arahan dalam Bahasa Melayu.

Lebih menarik, arahan suara tersebut juga turut boleh digunakan menggunakan dialek Kelantan.

Berdasarkan perkongsian di laman automotif Motoqar, individu terbabit berjaya membuka dan menutup tingkap Proton X5O itu dengan menggunakan dialek negeri Pantai Timur itu.

“Hai Proton, bukok (buka) tikak (tingkap). Hai Proton main lagu (buka android). Hai Proton tutuk (tutup) tikak (tingkap),” arah individu tersebut.

Menerusi arahan itu, kelihatan tingkap kenderaan ultiliti sukan itu berjaya dibuka dan ditutup serta lagu boleh dimainkan secara automatik di skrin android.

Menurut laman automotif itu, buat pertama kalinya dalam sejarah dalam industri automotif Malaysia, ‘voice command’ boleh bercakap dalam Bahasa Malaysia.

“Ini baru Malaysia boh, cakap Kelate (Kelantan) pun faham,”ujar individu terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut teruja dengan ciri arahan suara terbaharu itu dan jelas mereka ia perkembangan positif seiring dengan teknologi terkini.

“Tak pelik pun zaman AI dan ChatGPT ni, semua bahasa boleh, dialek pun boleh. Bukan sebab kereta, tapi sebab teknologi dimasukkan,” tulis Nik Mohd Fakrul Hisyam.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Rahman Ayob.

“Sekarang mesti lah Proton kena set Proton dalam Bahasa (Melayu). Bukan semua org boleh berbahasa Inggeris,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI