WASHINGTON – Seorang wanita berusia 69 tahun ditahan polis selepas lebih 130 ekor kucing miliknya ditemui berhimpit di dalam sebuah van, lapor portal berita Must Share News harini.
Polis tiba di lokasi kejadian di Santa Nella, California pada 29 Jun lalu selepas menerima aduan orang ramai. Mereka menemui 106 kucing berada dalam keadaan kurus kering, manakala 28 mati akibat kepanasan.
Kucing-kucing itu ditinggalkan tanpa makanan atau minuman ketika suhu panas mencecah 37 darjah Celsius.
Pemilik kucing, Jeannie Maxon ditahan di Penjara Merced County dan berdepan 93 pertuduhan melakukan kekejaman terhadap haiwan.
Kesemua kucing yang terselamat ditempatkan di pusat perlindungan haiwan Merced Country untuk mendapatkan rawatan. – AGENSI