fbpx

15 kes seludup bahan radioaktif guna taktik ikrar bahan tenusu, alat mainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MONALIJA ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Latihan MITSATOM 2025 di Hotel Doubletree by Hilton di Johor Bahru hari ini.- Foto BAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Dianggarkan lebih 15 kes penyeludupan bahan radioaktif direkodkan dalam masa setahun melalui pintu masuk sempadan negara melalui jalan laut dan darat ke Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah Atom Malaysia Monalija Kostor berkata, kegiatan itu bagaimanapun berjaya dibongkar apabila dikesan menerusi Radiation Portal Monitor (RPM) yang dipasang dipintu sempadan laut dan darat negara.

Katanya, cubaan menyeludup masuk dan membawa keluar pelbagai bahan radioaktif antaranya Cobalt-60 dan Cesium-137 itu akan dilucut hak atau dihantar semula ke negara asal ini dibawa.

“Kebanyakan kes penyeludupan ini berlaku di Pelabuhan Klang yang merupakan pelabuhan yang sangat aktif bagi import dan eksport dengan beberapa kontena dikesan mengandungi bahan radioaktif.

“Kita berjaya mengesan taktik yang digunakan dalam kegiatan penyeludupan ini dengan mengiisytiharkan bahan radioaktif ini sebagai produk tenusu, barang mainan dan tekstil,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Latihan Pengesanan Keselamatan Nuklear Pelbagai Hala (Multilateral Nuclear Security Detection Exercise) MITSATOM 2025 di Hotel Doubletree, di sini hari ini.

Monalija berkata, bahan radioaktif itu lazimnya digunakan dalam industri seperti minyak dan gas, plastik, elektronik dan perubatan dalam usaha meningkatkan operasi serta kejituan pengeluaran yang dihasilkan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI