fbpx

Setiausaha seleweng dana kerajaan main judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan selepas menyeleweng dana lebih 513 juta rupiah untuk berjudi dan ‘topup’ Mobile Legends. - Detik

JAKARTA – Seorang setiausaha kerajaan setempat di wilayah Jawa Barat ditahan selepas menggunakan dana berjumlah ratusan juta rupiah yang disumbangkan oleh penduduk untuk berjudi secara online, lapor portal berita Detik News semalam. 

Dana itu digunakan suspek untuk membeli berlian atau ‘diamond’ di aplikasi Mobile Legends dan bermain judi online. 

Suspek yang hanya dikenali sebagai MGS diberkas di daerah Kadipaten, Majalengka pada Khamis lalu. 

“Kami telah menahan Setiausaha Kampung Cipaku kerana menyelewengkan dana dengan memindahkan wang tersebut ke akaun peribadinya. 

“Jumlah dana yang diambil mencecah 513 juta rupiah (RM133,900),” kata Ketua Jenayah Khas Pejabat Peguam Daerah Majalengka, Hendra Prayoga. 

Tambah beliau, penyelewengan itu dijalankan secara berperingkat bermula Februari hingga Mac lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI