fbpx

Suami suruh buat kerja rumah, isteri lapor polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Adobe Stock

NEW DELHI – Seorang wanita di India nekad melaporkan suaminya kepada polis hanya kerana dia kehilangan dua juta pengikut media sosial selepas diminta untuk membuat kerja rumah, lapor laman berita Oddity Central semalam. 

Kejadian berlaku di bandar Noida, negeri Uttar Pradesh. 

Situasi itu tercetus apabila lelaki dikenali sebagai Vijendra meminta isterinya untuk menghabiskan masa melakukan kerja rumah daripada bermain media sosial. 

Nisha, 30, memberitahu polis bahawa dia akan memuat naik dua video di Instagram setiap hari. 

Permintaan Vijendra menyebabkan dia kehilangan dua juga pengikut dalam sehari sekali gus mendorongnya untuk berpindah keluar dan membuat laporan. 

“Pengikut saya berkurangan kerana saya sibuk mencuci peralatan dan membersihkan rumah sehingga tidak sempat menghasilkan video,” kata Nisha kepada polis.

Selepas mengetahui tindakan isterinya, Vijendra membuat laporan balas dengan mendakwa bahawa Nisha sentiasa sibuk bermain Instagram dan mengabaikan kerja rumah.

Mereka kemudian dibawa untuk menjalani sesi kaunseling.

Pasangan suami isteri itu kembali bersama dan cuba memperbaiki hubungan mereka, demikian menurut Balai Polis Wanita. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI