fbpx

Pusat bertauliah dan ILKA/ILKS akan guna pakai PdPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan meneliti keperluan metodologi latihan dengan pelaksanakan latihan secara norma baharu bagi semua pusat bertauliah dan Institut Latihan Kemahiran Awam dan Swasta (ILKA/ILKS) di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, pihaknya kan mendapatkan input serta pandangan daripada pusat bertauliah dan ILKA/ILKS bagi mencari satu kaedah dan solusi terbaik.

Beliau berkata, input dan pandangan itu penting supaya ia boleh dijadikan model pengajaran dan pembelajaran digital (PdPD) yang berkesan bagi latihan dalam bidang kemahiran masing-masing.

“Semua pusat bertauliah dan ILKA/ILKS disarankan untuk merancang perubahan metodologi latihan dengan pelaksanakan latihan secara norma baharu.

“Pendekatan baru ini perlu dibangunkan oleh  Pusat Latihan, Pakar Negara dan Tenaga Pengajar TVET supaya selari dengan teknologi terkini IR4.0 agar PdPD ini dimanfaatkan pelajar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dan seterusnya dijadikan amalan yang berterusan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Saravanan berkata, ILKA dan ILKS juga perlu mengambil peluang melalui dana-dana disediakan kerajaan antaranya seperti PENJANA HRDF menerusi program Reskilling and Upskilling serta Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Beliau berkata, pelaksanaan program seperti itu akan dapat membantu ILKA dan ILKS menjana pendapatan untuk mengekalkan operasi di samping membantu peserta program meningkatkan keupayaan dan peluang kebolehkerjaan yang tinggi.

“Buat masa ini, semua ILKA dan ILKS adalah tertakluk dengan arahan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam sektor Pendidikan dan Perkhidmatan Latihan yang terkesan dengan PKP.

“Oleh yang demikian, ILKA dan ILKS perlu merujuk kepada Arahan Semasa MKN dan pemakluman berkaitan latihan kemahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dari semasa ke semasa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI