fbpx

Lelaki bawa motosikal masuk kedai serbaneka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu cuba masuk ke dalam kedai dengan menunggang motosikal. - Instagram

JAKARTA – Seorang lelaki menerima kecaman orang ramai apabila dia cuba memasuki sebuah kedai serbaneka sambil menunggang motosikal,, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di sebuah kedai serbaneka dalam wilayah Sulawesi Utara, kelmarin. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @feedgramindo menunjukkan sekumpulan lelaki sedang ketawa apabila seorang daripada mereka menunggang motosikal ke dalam sebuah kedai serbaneka. 

Pekerja kedai kelihatan marah dan segera mengarahkan mereka untuk keluar. 

Masih belum jelas lokasi kejadian. 

Perbuatan itu mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial terutamanya penduduk  wilayah tersebut. 

“Nanti bila sudah kena tangkap, menangis pula,” kata seorang netizen. 

“Contoh orang yang ada otak tetapi tidak dipakai,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI