fbpx

Anwar temui warga Malaysia di Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengadakan pertemuan dengan warga Malaysia di Perancis

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam lawatan rasmi di Perancis sempat mengadakan pertemuan dengan warga Malaysia di negara tersebut.

Menurut beliau, pertemuan itu membuka ruang perbincangan yang bermakna mengenai peranan dan sumbangan rakyat Malaysia terbabit dalam pembangunan negara.

“Dalam ucapan saya, saya tekankan bahawa Malaysia amat bergantung kepada bakat muda untuk mencorak masa depan yang lebih cemerlang dan berdaya saing.

“Saya menasihati mereka agar menuntut ilmu dengan penuh kesungguhan kerana kejayaan dalam apa jua bidang bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi juga satu tanggungjawab untuk menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Perdana Menteri berkata, Malaysia memerlukan generasi muda yang cemerlang, berprinsip dan bersedia memikul amanah besar serta menjadi agen perubahan yang akan menerajui kemajuan negara ke arah masa depan yang lebih gemilang.

Tambah Anwar, beliau turut berkongsi tentang ikhtiar Kerajaan Madani dalam melaksanakan pembaharuan menyeluruh merangkumi pertumbuhan ekonomi yang inklusif, tadbir urus yang berintegriti serta keadilan sosial yang memartabatkan setiap lapisan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI