fbpx

Selepas pokok, penduduk serbu tadah ‘air ajaib’ batang buluh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Batang buluh itu dipasang secara bersilang, disokong oleh rangka keluli ringan dan menyerupai jongkang-jongket. - TikTok

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Cianjur, wilayah Jawa Barat berduyun-duyun datang mengambil ‘air ajaib’ dari sebatang buluh yang dikatakan tidak berhenti mengalir meskipun tiada sumber, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Batang buluh itu dipasang oleh seorang penduduk secara bersilang, disokong oleh rangka keluli ringan dan menyerupai jongkang-jongket.

Dari satu hujung ke hujung lain, air sentiasa mengalir tanpa ada sumber paip.

Keadaan itu menghebohkan penduduk sekitar, dengan ramai mula membanjiri kawasan tersebut untuk menadah air berkenaan.

Mereka membawa jag, baldi dan bekas untuk menadah air yang dianggap ajaib itu.

Selepas video itu tular, Ketua Kampung Cikaroya, Encep Mahmudin berkata, buluh yang dipercayai ajaib itu sebenarnya hasil kerja instalasi seorang penduduk yang baru berpindah ke kampung tersebut.

“Keadaan air yang mengalir tanpa punca itu tiada kaitan dengan perkara mistik, sebaliknya ia adalah hasil karya seseorang,” katanya.

Tambah Encep, pembuat ‘buluh ajaib’ itu bagaimanapun enggan menjelaskan helah atau cara membuat objek yang boleh mengeluarkan air seumpama itu.

“Pemilik mengesahkan perkara itu tetapi apabila ditanya mengenai proses atau cara membuatnya, dia tidak mahu bercerita,” katanya.

Sementara itu, individu yang menghasilkan instalasi itu, Rudi, 58, berkata, dia tidak menyangka karyanya disalah tafsir oleh orang ramai.

“Saya terkejut, ini kali pertama karya saya ditafsirkan secara berbeza. 

“Semuanya logik, tidak ada yang mistik. Ia hanya karya seni,” katanya kepada laman berita Kompas. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI