fbpx

Penumpang menggigil, Boeing 737 menjunam hampir 8,000 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Topeng oksigen tergantung ketika pesawat mendarat cemas. - MSN NEWS

TOKYO – Penumpang sebuah penerbangan Japan Airlines mengalami detik cemas apabila pesawat berkenaan menjunam tanpa dapat dikawal sebelum melakukan pendaratan cemas, lapor akhbar Metro UK semalam.

Penerbangan JL8696/IJ004 yang beroperasi di bawah perkongsian dengan syarikat penerbangan tambang rendah, Spring Airlines Japan itu hilang altitud sejauh 7,924 meter dalam masa 10 minit, malam Isnin lalu.

Pesawat Boeing 737 itu membawa 191 penumpang dan kru dari Shanghai ke Tokyo sebelum ia dilencongkan ke Osaka sejurus pukul 9 malam (waktu tempatan).

Klip video dimuat naik di media sosial menunjukkan penumpang cemas selepas pesawat berjaya mendarat, dengan topeng-topeng  oksigen tergantung.

“Pesawat mula menjunam sekitar pukul 7 malam (waktu tempatan) dan jatuh ke ketinggian 3,000 meter dalam masa hanya 20 minit,” kata seorang penumpang.

Japan Airlines dalam satu kenyataan berkata, pada 30 Jun lalu, penerbangan JL8696 mengalami kerosakan pada sistem tekanan kabin.

“Selaras dengan prosedur kecemasan, penerbangan itu terpaksa turun pada ketinggian yang selamat. Adalah penting untuk menjelaskan bahawa penyahmampatan pantas tidak berlaku,” katanya.

Punca sebenar insiden itu masih disiasat, manakala tiada penumpang atau anak kapal yang cedera. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI