fbpx

Lori kontena bawa muatan plastik musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori membawa bahan plastik yang terbakar di kilometer 123.4 Lebuh Raya Utara Selatan menghala utara.

SEBERANG PERAI – Sebuah lori kontena yang membawa muatan barangan plastik musnah dalam kebakaran di Kilometer 123.4 Lebuh Raya Utara-Selatan, menghala Utara di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 3.41 pagi dan operasi menyelamat melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas dan BBP Butterworth.

“Api dipercayai bermula dari bahagian kontena dan menyebabkan anggaran kemusnahan kira-kira 80 peratus. Bagaimanapun, kepala lori berjaya dipisahkan dan diselamatkan daripada terus terbakar. Tiada mangsa cedera,” katanya di sini, hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI