fbpx

2 suspek tunggang motosikal, lepaskan lima das tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis giat memburu dua suspek yang melepaskan tembakan ke arah kenderaan mangsa di Butterworth, petang semalam.

GEORGE TOWN – Polis masih mengesan dua suspek yang disyaki melepaskan lima das tembakan ke arah sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika pemandunya berhenti berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Nyior, Butterworth di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang itu, mangsa yang sedang menunggu anaknya di hadapan sekolah tersebut terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan meskipun kenderaan dinaikinya menjadi sasaran tembakan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, siasatan awal mendapati dua lelaki tidak dikenali menaiki sebuah motosikal menghampiri mangsa sebelum melepaskan tembakan ke arah kenderaan berkenaan.

“Pasukan polis digerakkan segera ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat untuk menjalankan siasatan serta mengesan suspek. Setakat ini, motif kejadian masih belum dikenal pasti dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini, petang tadi.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar berhubung kejadian tembakan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Nyior sejak petang semalam. Dalam kejadian itu, seorang lelaki terselamat selepas cermin di bahagian pemandu terkena tembakan daripada individu tidak dikenali.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI