fbpx

Demi iPhone, habis semua penutup botol dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu dirakam membuka penutup botol minuman di sebuah kedai serbaneka. - TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki menerima kecaman ramai apabila dirakam membuka semua penutup botol air mineral demi memenangi hadiah iPhone di sebuah kedai serbaneka di Indonesia, lapor portal berita Lambe Turah semalam.

Kejadian dirakam kamera televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah.

Rakaman video menunjukkan lelaki terbabit berdiri di hadapan rak yang dipenuhi dengan air mineral. 

Dia kemudian membuka satu persatu penutup botol untuk memenangi peraduan yang menawarkan iPhone sebagai hadiah utama. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 49,300 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. 

“Membuka sesuatu barang wajib dibeli!” kata seorang netizen.

“Demi iPhone, sanggup menyusahkan orang lain,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI