fbpx
BALLARD

Kekangan dana punca Ballard tamat tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Khidmat Pengarah Teknikal Olahraga Malaysia (MA), Robert Ballard tidak akan disambung selepas kontraknya dimaklumkan akan berakhir pada 31 Julai ini.

MA dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat atas faktor kekangan dana susulan pengurangan peruntukan kerajaan serta tajaan daripada sektor swasta.

Pengendali berusia 60 tahun itu kembali menyertai MA pada 2023 dengan kontrak dua tahun selepas pernah menyandang jawatan sama dari 2014 hingga 2015. 

Ketika itu, beliau meninggalkan badan induk tersebut susulan prestasi hambar kontinjen negara di Sukan SEA Singapura 2015 yang hanya meraih tiga emas.

Bagaimanapun, pelantikan semula Ballard pada 2023 dilihat sebagai usaha memulihkan maruah olahraga negara apabila diberi kepercayaan untuk mengetuai hala tuju teknikal serta pembangunan kejurulatihan di peringkat kebangsaan.

Sepanjang tempoh dua tahun terkini, Ballard memberi penekanan terhadap latihan berstruktur, pengukuhan jurulatih pelapis serta peningkatan prestasi atlet elit di peringkat antarabangsa.

Ballard yang juga bekas penasihat prestasi di Institut Sukan Tasmania, Australia turut dikenali kerana kepakarannya dalam kekuatan dan pengkondisian atlet serta strategi pengurusan prestasi jangka panjang.

MA merakamkan penghargaan atas komitmen dan dedikasi Ballard, selain menyatakan keyakinan terhadap sumbangannya yang telah membentuk asas kukuh untuk pembangunan olahraga masa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI